Hafizh Syahrin, sujud syukur di Litar Navvara setelah memenangi pelumbaan kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol. Juara podium (Tempat pertama) pertama anak Malaysia di eropah dalam mana-mana kejohanan dan kelas pelumbaan motosikal di Eropah.
Kuala Lumpur: Penunggang muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah melakar sejarah apabila meraih kemenangan pertama di Kejuaraan CEV Sepanyol selepas mengungguli perlumbaan pertama pusingan kelima kejuaraan di Litar Navarra, Sepanyol, semalam.
Hafizh turut menamatkan saingan di kedudukan podium di tempat ketiga pada perlumbaan kedua dan kekal di kedudukan ketiga keseluruhan (110 mata), ketinggalan 12 mata di belakang Alejandro Marinelarena manakala Roman Ramos gah selaku pendahulu (146 mata).
Berlumba di kelas Moto2, Hafizh yang berkelana ke Sepanyol bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia tampil begitu meyakinkan pada perlumbaan pertama sekalipun bermula di petak ketiga dan berdepan kesukaran di awal perlumbaan.
Usaha buahkan hasil
Situasi berubah ketika perlumbaan berbaki enam pusingan apabila Hafizh yang memacu jentera Kalex berjaya memintas dua pencabar utamanya, Marinelerana dan Ramos seterusnya mengekalkan kedudukan sehingga penamat perlumbaan.
“Ini adalah kejayaan paling membanggakan dalam kerjaya saya,” kata penunggang berusia 19 tahun yang merekod masa 30 minit 50.823 saat untuk bergelar juara menafikan Alejandro, kedua ketinggalan 0.305s diikuti Ramos ketiga 5.617s.
“Dan akhirnya saya memenangi perlumbaan di Kejuaraan Sepanyol. Saya sedikit gementar di grid perlumbaan. Segala usaha kami sebelum ini membuahkan hasil.”
“Kemenangan didedikasikan kepada pasukan, penaja, keluarga dan semua orang di Malaysia. Tanpa mereka, terutama PETRONAS, saya tidak akan berjaya,” katanya. -
_______________________________________
VIDEO PENUH PERLUMBAAN CEV NAVARRA MOTO2
0 komen:
Catat Ulasan