18 Feb 2013

Isnin, Februari 18, 2013
#1
Seekor helang mampu membunuh seekor rusa dan menerbangkannya
---------------------------------------------------------------------------------------------
#2
Mengikut fakta sebenar, terdapat 92 kes yang melaporkan bahawa bom nuklear hilang dilautan
---------------------------------------------------------------------------------------------
#3
Terjunan payung terjun pertama di dunia telah dilakukan oleh Kapten Berry di St. Louis, Missouri pada tahun 1912
---------------------------------------------------------------------------------------------
#4
Ikan yang paling lambat bergerak ialah kuda laut jenis 'dwarf' yang bergerak pada kadar 0.01 batu sejam
---------------------------------------------------------------------------------------------

#5
Burung belatuk tidak akan mendapat sakit kepala walaupun asyik mematuk pokok kerana tengkoraknya mempunyai poket udara untuk memberi keselesaan kepada otaknya
---------------------------------------------------------------------------------------------
#6
Saiz standard bola sepak secara kasarnya sama dengan saiz kepala manusia. Ia diilhamkan dari kepala seorang penyamun di Britain yang dipenggal dan kemudian disepak beramai-ramai
---------------------------------------------------------------------------------------------
#7
Padang pasir Namib di Namibia adalah padang pasir yang tertua dan terkering di dunia
---------------------------------------------------------------------------------------------
#8
Salah sebuah buku teks perubatan pada zaman Ratu Elizaberth I (1533-1603), England, mengesyorkan ubat yang sangat pelik, iaitu serbuk tengkorak manusia yang dilarutkan dalam wain merah

---------------------------------------------------------------------------------------------
#9
Seekor gajah memerlukan kira-kira 230 kilogram makanan setiap hari
---------------------------------------------------------------------------------------------
#10
Pengguna emas paling ramai di dunia adalah di India iaitu 25 peratus daripada keseluruhan pengeluaran emas dunia

0 komen:

Catat Ulasan