Harapan Queens Park Rangers untuk selamat di Liga Perdana dilihat menerima satu tamparan besar melalui berita yang pembelian besar jendela perpindahan baru-baru ini, Loic Remy mungkin bakal diketepikan sehingga dua bulan.
Bos QPR, Harry Redknapp mengesahkan Remy mengalami masalah kekejangan otot sewaktu saat-saat akhir aksi sesi latihan pasukannya Jumaat lalu, dan laporan di akhbar Britain memberitahu kecederaan yang dialami pemain Perancis tersebut akan mengenepikannya buat beberapa minggu.
Remy menjaringkan gol sewaktu aksi debutnya ketika seri 1-1 menentang West Ham bulan lalu dan telah diharapkan oleh Redknapp menjadi penjaring gol yang akan membantu kelab dari Loftus Road itu naik mendaki tangga Liga Perdana.
Namun masalah terbaru ini memastikan kegusaran yang telah menyelubungi kelab barat London itu sepanjang kempen ini seperti enggan berakhir.
Selepas gagal mendapatkan pemain sasaran, Peter Crouch dan Peter Odemwingie pada hari terakhir jendela perpindahan minggu lalu dan membenarkan Djibril Cisse dipinjamkan keluar, kecederaan Remy meninggalkan hanya Bobby Zamora dan Jamie Mackie sebagai striker pasukan utama yang cergas menjelang aksi bertemu Swansea dan Manchester United.
0 komen:
Catat Ulasan