Pengurus Manchester City, Roberto Mancini akan menyokong kelab musuh setempat, Manchester United apabila aksi Liga Juara-juara bersambung semula hujung bulan ini.
Mancini, yang pasukannya ketinggalan 9 mata dengan United selepas seri menentang Liverpool, berharap pasukan Alex Ferguson dapat meneruskan kemaraan hingga ke final dan dalam proses tersebut, hilang daya saingnya untuk persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris...
Dan Mancini yang berhelah, telah membayangkan akan memberikan sokongan padu kepada the Red Devils kerana mereka berdepan dengan juara Liga Sepanyol, Real Madrid di pusingan 16 pasukan terakhir.
"Sudah tentu saya akan menyokong United apabila mereka menentang Real Madrid," Mancini berkata. "Malahan saya mungkin akan pergi menyaksikannya bersama bendera merah dan putih."
"Semasa kami menentang Real Madrid, kami bermain bermati-matian dan saya fikir United juga akan berdepan kesukaran yang sama, kerana bersama dengan Barcelona, [Real] adalah pasukan terbaik dunia ketika ini."
"Saya memang merasakan (United) akan berdepan suasana yang lebih sukar di bulan Februari dan Mac ini apabila kejuaraan liga mungkin akan ditentukan."
0 komen:
Catat Ulasan