7 Feb 2013

Khamis, Februari 07, 2013


Bek Tottenham, Jan Vertonghen menegaskan bahawa Gareth Bale "boleh bermain dengan setiap pasukan di dunia".

Pemain warga Wales yang kini dalam prestasi hebat merupakan sasaran jangka panjang perpindahan Real Madrid, dengan tawaran dari Bernabeu dijangka berlaku apabila jendela perpindahan dibuka semula pada musim panas.
Bale juga telah menarik minat Barcelona dan Vertonghen percaya bahawa rival Clasico iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi merupakan hanya dua pemain yang kini mengatasi muslihat bintang Wales pada masa ini.

"Sudah tentu anda ada Messi dan Ronaldo," kata Vertonghen.

"Dan kemudian anda ada banyak pemain yang sangat rapat antara satu sama lain dan saya fikir Gareth Bale adalah salah seorang daripada mereka, seperti di peringkat pasukan terbaik di dunia."

"Dia boleh bermain buat setiap pasukan di dunia. Bagi saya dia seorang pemain yang bertaraf dunia."




0 komen:

Catat Ulasan