3 Feb 2013

Ahad, Februari 03, 2013


Wilfiried Zaha menegaskan dia kekal fokus untuk membantu Crystal Palace naik ke Liga Perdana musim ini, walaupun dia bakal berpindah ke Manchester United pada penghujung musim ini.

Red Devils bersetuju dengan perjanjian £17 juta untuk menandatangani pemain England itu minggu lalu, sebelum segera meminjamkan semula Zaha kembali ke Eagles untuk baki kempen Liga Kejuaraan musim ini.

Ketika pemain berusia 20 tahun itu, yang telah menjaringkan lima gol dalam 31 penampilan buat Palace setakat musim ini mengakui ia satu impian jadi kenyataan dapat menyertai kelab pendahulu Liga Perdana tersebut, dia berazam untuk memastikan penyokong di Selhurst Park akan menyaksikan bola sepak liga teratas musim depan sebelum membuat perpindahan tetap ke Old Trafford musim panas depan.

"Impian saya adalah untuk beraksi di Liga Perdana namun saya tak pernah sangka dapat sertai salah sebuah dari empat pasukan teratas," kata Zaha kepada wartawan.

"(Namun) saya tak gemarkan spekulasi dan saya cuma mahu lupakannya. Tak tahu apa yang berlaku bukan perkara yang terbaik. Saya cuma mahu kembali bermain bola sepak.
Dia menambah: "Saya lega saya kembali dipinjamkan kerana saya tak mahu tinggalkan tugas tidak habis. Bersama dengan pasukan ini adalah seperti keluarga.

"Saya cuma mahu kembali buat apa yang terbaik dan bawa kami kembali ke Liga Perdana.
"Itu yang minda saya dah tetapkan."



0 komen:

Catat Ulasan