WASHINGTON - Bima Sakti mengandungi kira-kira 17 bilion planet yang mempunyai saiz seperti Bumi, sekali gus meningkatkan peluang untuk menemui planet kedua yang boleh didiami manusia, menurut kajian terbaharu yang didedahkan semalam.
Ahli astronomi yang menggunakan kapal angkasa lepas Kepler milik NASA, mendapati kira-kira 17 peratus bintang di galaksi mengandungi planet sebesar Bumi dengan tempoh orbit yang hampir sama.
Dibawah adalah video dokumentari salah satu planet ditemui oleh ahli astronomi iaitu "Gliese 581 g"
Bima Sakti mengandungi kira-kira 100 bilion bintang, bermakna kira-kira satu daripada setiap bintang tersebut mempunyai planet bersaiz Bumi yang mengelilinginya...
Namun, penemuan itu tidak bermakna kesemua planet tersebut yang berada di luar atau di dalam sistem suria boleh didiami, tetapi ia tetap meningkatkan peluang penemuan planet sama seperti Bumi.
Untuk boleh didiami dan membolehkan air mengalir dalam bentuk cecair, sesebuah planet itu haruslah terletak pada jarak tertentu dari bintang yang diorbit supaya suhu tidak terlalu sejuk atau panas.
Ahli astronomi membuat penemuan itu ketika kapal angka lepas Kepler melalui bahagian depan sistem suria planet-planet itu dan menyebabkan berlaku gerhana kecil yang memalapkan pancaran cahaya.
Mereka mendapati 17 peratus dari bintang-bintang itu mempunyai planet yang bersaiz 0.8 hingga 1.25 kali hampir sama besar dengan Bumi dan tempoh orbit selama 85 hari atau kurang.
Kira-kira satu perempat dari bintang itu pula memiliki saiz 1.25 hingga sekali ganda saiz Bumi dengan tempoh orbit selama 150 hari atau kurang, manakala satu planet yang mempunyai saiz dua atau empat kali lebih besar dari Bumi mengorbit selama 250 hari.
Penyelidik itu membentangkan analisis mereka pada mesyuarat American Astronomical Society di Long Beach, California. - AFP
Planet Gliese 581 g
Planet Gliese 581g, calon planet baru pengganti bumi. Planet ini disebut-sebut sebagai planet yang paling tepat untuk menggantikan Bumi serta menampung manusia. Ukuran planet ini 3 kali lebih besar dari pada Bumi dan memiki jarak 20 Tahun cahaya dari tata surya Kita. Planet ini juga diketahui mengitari bintang Gliese 581 tiap 30 hari sekali.
Planet Gliese 667Cc
Planet Gliese 667Cc ditemui pada februari 2011 dan memiliki ukuran 4 kali lebih besar jika dibandingkan dengan Bumi. Planet Gliese 667Cc ini memilki jarak 22 tahun cahaya di konstelasi rasi bintang scorpion.
Planet Kepler 22-b
Planet Kepler 22-b ini pertama kali ditemukan pada Desember 2011 dan memiliki ukuran 2 kali lebih besar dibanding Planet Bumi. Rata-rata suhu dari planet yang berjarak 600 tahun cahaya ini adalah 72 derajat Farenheit. Planet ini juga termasuk dalam planet luar atau Exoplanet.
Planet HD 85512 b
Planet HD 85512 b sama seperti Kepler 22-b, planet ini juga ditemukan pertama kali pada Desember 2011. Terletak di konstelasi rasi bintang Vela, planet ini memilki suhu 77 derajat Farenheit. Planet ini memilki jarak 25 tahun cahaya dari planet Bumi Kita.
Planet Gliese 581 d
Planet Gliese 581 d ini juga di temukan pertama kali pada tahun 2001 dan memilki ukuran 7 kali lebih besar dibanding Bumi. Belum ada penelitian lebih lanjut dari planet ini, namu para Ilmuwan memperkirakan planet ini sangat dingin untuk manusia
0 komen:
Catat Ulasan