Bekas striker Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berharap untuk kembali ke Old Trafford selaku pengurus satu hari nanti.
Warga Norway berusia 39 tahun itu menghabiskan tempoh lebih sedekad bersama The Red Devils sebagai pemain, kemudian beralih menguruskan pasukan simpanan mereka.
Dan Solskjaer, kini dipuji penyokong sebagai jurulatih Molde, percaya dia sudah cukup biasa dengan Sir Alex Ferguson untuk mencadangkannya melangkah ke peranan bos berusia 71 tahun itu apabila dia akhirnya bersara.
Dia berkata, "Mungkin ia kedengaran bodoh, tapi impian saya adalah menguruskan United. Namun saya tak katakan ia akan berlaku."
"Saya bekerja dengan Alex Ferguson selama 15 musim sebagai pemain dan kemudian sebagai jurulatih pasukan simpanan."
"Kaedahnya mempengaruhi falsafah saya. Hampir semua yang saya tahu saya belajar dari Sir Alex."
"Kedua-dua kami yakin dengan diri kami, kita sentiasa mahu menang dan percaya pada para remaja dan bekerja keras."
0 komen:
Catat Ulasan