7 Feb 2013

Khamis, Februari 07, 2013


Laporan mengaitkan perpindahan penyerang Borussia Dortmund, Robert Lewandowski dengan Bayern Munich telah disangkal oleh pengarah sukan kelab, Michael Zorc.

Lewandowski, 24, dikatakan akan meninggalkan juara Bundesliga tersebut selepas beberapa musim yang cemerlang. Manchester United menunjukkan minat namun kini kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dilaporkan telah bersetuju dengan satu perjanjian mengenainya.
Meskipun dengan dakwaan yuran sebanyak €22 juta, Zorc menafikannya dan menegaskan penyerang tersebut – yang telah menjaringkan 18 gol untuk Dortmund dalam semua kejohanan musim ini – tidak akan ke mana-mana.

"Ia langsung tidak berasa. Kami tidak akan berikan komen mengenainya kerana tiada apa yang berubah untuk kami," Zorc memberitahu. "Jika pemain berunding dengan kelab lain, kami tak boleh halang. Tapi seperti yang kami tegaskan, kami tidak tahu langsung mengenainya."




0 komen:

Catat Ulasan