2 Feb 2013

Sabtu, Februari 02, 2013
Sumber CariGold

Dikongsikan Sejarah Mata Wang Malaysia untuk pengetahuan bersama....


1870 : Sistem wang token dan piawaian emas digunakan secara meluas dalam segala aspek transaksi perdagangan.



1899 : Mata wang kertas pertama diterbitkan oleh kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak.



1906 : Kerajaan menyandarkan mata wang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Setiap satu dolar setara dengan dua sterling dan 4 dime, dan60 dolar selat setara dengan 7 wang emas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya. Sistem kadar pertukaran bebas dan perjanjian Betton Woods mula dirangka untuk dilaksanakan sepenuhnya ke seluruh dunia.



1954 : Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada Dolar selat (logam) yang kemudiannya digantikan dengan dolar Malaya.



1958 : Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk percetakan mata wang.



1967 : Bank negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia (RM) menggantikan dolar. Pada tahun 1973 hingga tahun 1985, sistem kadar wang fleksibel (boleh ubah) mula diamalkan di Malaysia bagi menstabilkan wang ringgit.



1975 : Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama. Pada tahun 1985 hingga tahun 1997, sistem pertukaran mata wang kadar terapung diamalkan memandangkan pertumbuhan ekonomi dan perdangangan kian rancak.



1998 : Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM3.80 untuk setiap USD 1.

0 komen:

Catat Ulasan