Pembelian baru Paris Saint-Germain, David Beckham mendedahkan dia menolak beberapa tawaran dari kelab Liga Perdana semasa perpindahan Januari, menegaskan satu-satunya kelab Inggeris yang akan disertainyasekali lagi adalah bekas pasukan, Manchester United.
Beckham, 37, yang menikmati tempoh 10 tahun di Old Trafford sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2003, menandatangani perjanjian lima bulan dengan gergasi Ligue 1 Khamis lalu.
Langkah hari terakhir itu telah menamatkan spekulasi dua bulan mengenai masa depan midfielder, dengan West Ham, Tottenham dan QPR kesemuanya sebelum ini pernah dikaitkan dengan pemain veteran tersebut.
"Saya berjaya dengan Manchester United dan sentiasa berkata saya tak akan bermain untuk kelab Inggeris yang lain," kata Beckham kepada wartawan pada sidang akhbar bagi mengumumkan langkah ke PSG.
"Saya ada banyak sejarah dengan Manchester United. Itu pasukan yang saya sokong dan pasukan impian saya."
"Saya amat berbesar hati dengan tawaran yang saya terima dari kelab Liga Perdana yang lain tetapi saya tak mahu bermain di sana melainkan jika ianya adalah untuk Manchester United."
0 komen:
Catat Ulasan