25 Feb 2013

Isnin, Februari 25, 2013

Pengerusi QPR, Tony Fernandes mengekalkan harapan pengurus Harry Redknapp kekal mengendalikan kelab jika mereka tersingkir dari Liga Perdana.

Dia juga berjanji kepada peminat yang dia akan 'kekal dan perbaiki' kelab dengan mereka bergelut untuk berjuang mengelak penyingkiran dari Liga Perdana.



"Saya kekal optimistik seperti selalu," tulisnya di Twitter. "Saya masih senyum. Ia tentang lapan perlawanan seterusnya. Masih banyak perkara baik boleh berlaku." Sebelum menambah: "Dah bincang dengan baik bersama Harry. Kami tahu apa yang kami perlu lakukan. Masih banyak mata boleh direbut."

Ditanya oleh seorang penyokong samada Redknapp akan turut kekal, walau apa pun yang berlaku kepada pasukan di penghujung kempen, Fernandes menjawab: "Saya pasti dia juga akan kekal."

Fernandes juga telah mengulangi keinginannya sendiri untuk kekal terlibat dengan QPR, sesuatu yang sekali lagi disebutkan olehnya melalui laman perhubungan sosial itu.

"Saya akan usaha. Saya bertanggungjawab penuh atas permasalahan ini. Saya dah dengar keluhan peminat dan saya akan kekal dan perbaiki keadaan. Saya sangat sayangkan QPR. Kami boleh selesaikan kebuntuan ini," tulisnya. "Tak pasti berapa kali saya boleh berjanji. Hahaha. Namun saya sedang berjanji. Takkan ke mana-mana selagi peminat mahukan saya."



0 komen:

Catat Ulasan