21 Feb 2013

Khamis, Februari 21, 2013
 

Pengurus Queens Park Rangers, Harry Redknapp tetap yakin bahawa pasukannya yang sedang bergelut boleh  menghasilkan keputusan mengejut kepada pendahulu liga, Manchester United.

QPR berdepan di United di Loftus Road hari Sabtu nanti dengan kedudukan di tangga tercorot  dan jurang sebanyak tujuh mata dari zon selamat selepas tewas 4-1 kepada  Swansea City.

Namun Redknapp berharap dapat memperolehi keputusan yang positif dengan beliau merujuk kemenangan luar jangka di Chelsea dan juga seri menentang Tottenham dan Manchester City.

 

"Kamu tak boleh meramal keputusan," ujar Redknapp.

"Kami bertemu Chelsea di tempat lawan selepas dibelasah teruk oleh Liverpool. Apakah keputusan yang mungkin ada minta? 3-0 dan  4-0 kepada mereka? Saya juga terkejut seperti kamu."

"Semasa kami menentang Tottenham di laman sendiri yang dan juga menewaskan lawan di tempat lawan dan sentiasa mencari gol – dan mereka tidak menjaringkan gol menentang kami."

"Menentang  Man City yang merupakan pasukan juara, kami dapat satu mata berharga dan kemudian di West Ham di mana ia tempat  yang sukar untuk dikunjungi."

"Jadi kami memang mahu perolehi sesuatu menentang Man United sama seperti orang lain."

0 komen:

Catat Ulasan