Pemain sayap Borussia Dortmund, Jakub Blaszczykowski mengimbas setahun yang cukup indah di bawah bimbingan Jurgen Klopp, menyatakan ia adalah yang terbaik setakat dalam kariernya.
Pemain berusia 27 tahun itu memenangi Bundesliga dan DFB Pokal di peringkat domestik bersama kelabnya sebelum menikmati kempen yang menggembirakan di Kejohanan Eropah 2012 bersama Poland.
"2012 sememangnya tahun terbaik dalam karier saya setakat ini," ujar Blaszczykowski. "Tapi saya tak mahu menghabiskan banyak masa dengan memori tersebut kerana saya mahu sekali lagi menikmati tahun terbaik dalam karier saya tidak lama lagi."
"Saya biasa menjaringkan banyak gol untuk Poland, tapi mendapati ia sukar bersama Dortmund. Kini, Klopp sering menasihatkan saya untuk lebih kerap masuk ke dalam kotak penalti dan tidak hanya menunggu di bahagian sayap."
"Saya menunggu peluang saya dan mengambilnya. Selepas lama menunggu, saya telah sampai ke peringkat seterusnya dalam perkembangan saya."
"Hari ini, kami menjadi pasukan yang dominan, memiliki lebih kualiti mengawal bola. Tidak banyak kelab seperti Borussia. Kenapa saya harus pergi jika keadaan terus berjalan dengan lancar?"
"Ia akan jadi sesuatu [jika saya menandatangani kontrak baru]. Saya telah menghabiskan keseluruhan karier saya di sini."
0 komen:
Catat Ulasan