18 Feb 2013

Isnin, Februari 18, 2013
5 SEBAB KENAPA MENGHISAP SHISHA LEBIH BAHAYA DARIPADA MEROKOK
Sejak kebelakangan ini jelas kelihatan bahawa penggunaan shisha sudah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda Melayu.
Premis yang menyediakan perkhidmatan menghisap shisha juga semakin berkembang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.


Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil tindakan yang serius melalui media, jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

Langkah-langkah yang praktikal perlu diambil memandangkan gejala menghisap shisha ini sangat membahayakan kesihatan penggunanya, membebankan tugasan kakitangan kesihatan dan juga memberi kesan kepada ekonomi negara untuk merawat para penggunanya.

1. Shisha sebenarnya adalah 400 kali lebih merbahaya daripada rokok (WHO)

2. Shisha mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi (WHO)

3. Penghisap shisha biasanya akan menyedut sebanyak 50-200 kali bersamaan dengan 0.15 - 1.0 liter asap selama 20-80 minit. (WHO)

4. Shisha adalah lebih merbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok.

5. Shisha adalah punca kepada puluhan jenis penyakit seperti bronkitis, emphysema, kanser paru-paru dan lain-lain lagi.


Apakah hukumnya menghisap shisha?
Setakat ini, negeri Melaka telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengharamkan penggunaan shisha.
Namun tidak dapat memastikan keberkesanan tindakan pengharamannya di negeri Melaka.

Bagaimana pula dengan pendirian negeri-negeri yang lain dan apakah tindakan yang akan diambil oleh agensi-agensi kerajaan pusat?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Aku tak hisap rokok, tapi dulu aku penghisap shisha tegar..hahaha

0 komen:

Catat Ulasan