14 Feb 2013

Khamis, Februari 14, 2013

Bintang Brazil, Hulk mendedahkan wang adalah faktor penting dalam langkah ke Zenit St Petersburg.

Hulk, 26, mengejutkan dunia bola sepak pada bulan September dengan menandatangani bersama pasukankaya Rusia dan dia mengakui telah terpengaruh dengan terma kewangan yang ditawarkan.

Dia berkata, "Saya tak akan berbohong, orang tahu saya pemain bola sepak dan saya terpaksa merebut masa ini dengan tawaran kewangan Zenit."

"Saya mahu matlamat baru untuk dicapai dan ia perlu dalam liga yang berbeza setelah segala-galanya sudah dimenangi di Portugal. Saya terima pelbagai cadangan daripada kelab-kelab di England, Itali dan Sepanyol, tapi kami tak pernah mencapai persetujuan."


0 komen:

Catat Ulasan