Hazard telah diarahkan keluar padang oleh pengadil, Chris Foy.
Chelsea telah menulis surat kepada Football Association untuk percubaan membantah penggantungan pemain tengah, Eden Hazard kerana menendang 'budak bola', yang mungkin digantung lebih tiga perlawanan.
Hazard, 22, dibuang padang oleh pengadil Chris Foy pada babak kedua leg kedua separuh akhir Piala Liga Blues di Swansea apabila dia muncul cuba menendang bola dari bawah badan 'budak bola' yang berbaring di atas tanah.
Pemain antarabangsa Belgium itu akan menghadapi penggantungan minimum tiga perlawanan, dengan potensi penggantungan lebih panjang jika FA menilai jika ianya perlu.
Kenyataan FA berbunyi, "Tingkah laku Hazard ke atas budak pengutip bola Swansea City adalah salah, yang mana pemain telah dibuang padang pada minit yang 78, itu kelakuan ganas di mana hukuman standard perlu diambil sekiranya perlu."
Walau bagaimanapun, Chelsea berang tentang kemungkinan kejadian itu boleh membawa kepada hukuman gantung lebih tiga perlawanan, dan telah menulis kepada FA menentang lanjutan itu.
Penggantungan empat perlawanan akan mengetepikan hazard daripada ulangan Piala FA menentang Brentford di Stamford Bridge pada 17 Februari, manakala sebarang penggantungan lanjut akan melihat dia terlepas pertembungan sukar di Manchester City pada 24 Februari.
Dibawah adalah turutan gambar insiden tersebut:
0 komen:
Catat Ulasan