2 Ogo 2013

Jumaat, Ogos 02, 2013

Pedang Al-Ma’thur adalah sebilah pedang yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w sewaktu baginda masih mudah remaja. Pedang ini dikenal untuk pertama kalinya pada peperangan Fijar di zaman Jahiliah. Ketika itu Rasulullah s.a.w berusia 15 tahun dan baginda ikut serta bersama bapa saudaranya Abu Thalib dalam peperangan ini.

Pedang ini sentiasa berada di tangan baginda, baik ketika di Makkah dan juga sewaktu baginda berhijrah ke Madinah bersama sahabatnya Syaidina Abu Bakar as-Siddiq ra. Fakta sejarah telah menyebutkan bahawa pedang Al-Ma’thur ini adalah pedang utama Rasulullah s.a.w dan baginda tidak pernah memberikannya kepada mana-mana para sahabatnya untuk digunakan dalam medan peperangan. Tetapi setelah baginda wafat , pedang ini diserahkan kepada Syaidina Ali bin Abi Thalib ra.


Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w meraikan hari pernikahan puteri baginda Sitti Fatimah Zahrah ra, pernikahan itu berlangsung dengan meriah dikelilingi oleh Bani Hasyim dengan tangan mereka memegang pedang, baginda telah menghunuskan pedang Al-Ma’thur ini seperti kebiasaan yang dilakukan oleh bangsa Arab pada zaman itu.

Asal pemegang dan sarung pedang Al-Ma’thur diperbuat daripada kayu yang kemudiannya dilapisi dengan kulit binatang yang telah disamak. Setelah ia rosak dimakan zaman pedang ini diperbaiki dan diperhalusi semula pada abad ke 10 Hijrah. Sekarang ini pemegangnya diperbuat daripada emas dan dihiasa dengan batu-batu hiasan.

Sesiapa yang menarik pedang ini dari sarungnya, ke bawah sedikit daripada emas tempat pemegangnya, maka akan dapat terlihat sebuah tulisan ‘Abdullah bin Abdul Mutalib’ yang ditulis dengan khat kaligrafi al-Kufi.

Kini, pedang ini berada di Muzium Topkapi Istanbul Turki bersama-sama pedang-pedang Rasulullah yang lainya.

0 komen:

Catat Ulasan