19 Ogo 2013

Isnin, Ogos 19, 2013

Infinity Ward telah melancarkan trailer multiplayer COD Ghosts, iaitu edisi terbaru francais permainan video Call of Duty yang sangat popular di kalangan peminat permainan FPS (First Person Shooter).

Edisi terbaru permainan video FPS daripada Infinity Ward, COD Ghosts akan dilancarkan pada 5 November 2013. Sehubungan itu, bagi memberi sedikit galakan, Infinity Ward telah melancarkan trailer multiplayer COD Ghosts.

 

Trailler sepanjang 3 minit itu memperlihatkan kehebatan grafik dalam permainan tersebut di samping menunjukkan beberapa mod permainan multiplayer yang terdapat pada permainan tersebut. Bagi mereka  yang tertunggu-tunggu permainan ini dilancarkan, trailer ini pastinya mengujakan serta sedikit sebanyak membuatkan peminat tidak sabar-sabar mendapatkannya.

Video tersebut disertakan di bawah. Adakah anda peminat francais Call of Duty? Berikan pendapat anda mengenai COD Ghosts?







0 komen:

Catat Ulasan