19 Ogo 2013

Isnin, Ogos 19, 2013

Jeneral Fattah As Sisi dikecam oleh ahli keluarganya sendiri berikutan kematian salah seorang saudaranya dalam pembunuhan beramai-ramai di Rabitul Adawiyah baru-baru ini. Hazem Lutfi Abdul Aziz Abdul Rahman As Sisi muncul di dalam video [LIHAT VIDEO DIBAWAH] untuk mengecam Jeneral Sisi berikutan kematian adiknya, Khalid Lutfi As Sisi yang telah terbunuh semasa serbuan oleh tentera dan pegawai keselamatan ke atas anti-kudeta pada hari Rabu yang lalu.

Hazem berkata bahawa beliau berlepas diri daripada menjadi ahli keluarga Jeneral Sisi serta menggelarnya sebagai pengkhianat dan pembunuh. Beliau seterusnya berkata bahawa beliau yakin Jeneral Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim akan dihukum atas tindakan mereka walaupun keadilan akan muncul lambat lagi. Beliau membuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa beliau berharap Tuhan akan mengurniakan kesabaran kepada semua orang serta menegaskan bahawa rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dalam menuntut hak mereka.

  

0 komen:

Catat Ulasan