30 Ogo 2013

Jumaat, Ogos 30, 2013

Rockstar Games telah menerbitkan trailer rasmi bagi permainan video terbarunya Grand Theft Auto 5 (GTA 5). Walaupun terdapat banyak trailer yang memaparkan watak-wataknya, permainan MMOnya dan banyak lagi, trailer ini merupakan trailer rasmi bagi permainan video tersebut.


Seperti yang dikatakan, telah ada banyak trailer mengenai permainan video ini, jadi apa yang berbeza dengan trailer ini? Sebenarnya tidak banyak bezanya dari trailer-trailer sebelum ini. Namun bagi peminat-peminat tegar GTA, lebih banyak trailer, lebih baik.
Musik memainkan peranan penting dalam permainan video ini. Malah terdapat sesetengah peminat yang membuat komen di laman Youtube yang mengatakan mereka ingin mengetahui tajuk lagu dalam trailer tersebut. Tidak kurang juga yang musykil tentang lagu jenis apa ia, memandangkan ia serasi dengan letupan, helikopter dan kekecohan yang dipaparkan dalam trailer tersebut.
GTA 5 akan dikeluarkan pada 17 September untuk PS3 dan Xbox 360 dan akan dilancarkan untuk konsol permainan video generasi akan datang PS4 dan Xbox One tidak lama selepas itu.
Sementara menunggu permainan video ini dikeluarkan, tontonilah trailernya di bawah ini.


0 komen:

Catat Ulasan