Tahap Perghh!: ★★★★
Epitome ialah konsep kenderaan berprestasi tinggi pertama dari Laraki Motors. Laraki Motors dimiliki oleh Abdussalam Laraki, seorang pereka kapal layar mewah yang berasal dari Maghribi. Beliau mahu mengembangkan sayap perniagaan beliau dengan mereka kenderaan pula. Epitome diperbuat daripada gentian karbon dan diperkasakan enjin V8 7 Liter dengan 1750 kuasa kuda. Keunikan Epitome ialah ia dilengkapi dua tangka minyak. Satu tangki untuk minyak petrol biasa manakala sebuah lagi untuk minyak dengan tahap Oktana yang lebih tinggi. Jika pemilik Epitome mahu memecut dengan lebih laju beliau boleh menukar sumber minyak dengan menekan sebuah butang. Harga sebuah Epitome adalah USD 2 Juta (RM 6.6 Juta) sebuah.
0 komen:
Catat Ulasan