Google bukan satu-satuya syarikat yang sedang membangunkan sistem pemanduan kereta secara autonomi, malah kini Nissan juga menyasarkan pengeluaran kerata pandu sendiri yang menurut perancangannya akan dihasilkan menjelang tahun 2020.
Menurut laporan Wall Street Journal, pengeluar kereta Jepun, Nissan, merancang untuk menawarkan kereta yang boleh memandu sendiri dalam masa 7 tahun lagi. Menjelang tahun hadapan, syarikat itu menyasarkan pembinaan sebuah pusat pengujian untuk menguji sistem kereta autonomi.
Kereta tanpa pemandu keluaran Google telahpun mendapat liputan meluas media sejak 3 tahun lalu di mana ia telahpun membuat satu perjalanan tanpa pemandu dari Mountain View and Santa Monica California. Syarikat itu juga dikatakan sedang membangunkan sistem “Robo-Taxi” .
Namun, syarikat kereta individu juga telah mula membangunkan sistem pemanduan secara autonomi. Selain Nissan, Volvo, Ford, Toyota, GM dan Volkswagen juga mempunyai perancangan yang sama untuk membangunkan sistem pemanduan ini.
Volvo telahpun memandu uji sistem pemanduan autonominya di mana ia merancang untuk memperkenalkannya pada tahun hadapan. Ia telahpun mempunyai sistem pengesanan penunggang basikal dengan pembrekan automatik.
Google yang bukan sebuah pengeluar kereta merancang mengadakan kerjasama dengan pengeluar komponen kereta dari German, Continental AG dan juga IBM.
Dengan itu, bermulalah perlumbaan menghasilkan sistem pemanduan autonomi antara Google dan pengeluar-pengeluar kereta seperti Nissan. Tetapi, perlumaan ini dijangka mengambil masa 10 tahun untuk ditamatkan.
0 komen:
Catat Ulasan