31 Ogo 2013

Sabtu, Ogos 31, 2013

"Sudah jatuh, ditimpa tangga" perumpamaan yang menggambarkan situasi kemalangan yang berlaku membabitkan penunggang LC135 yang membawa penumpang motosikal diselekoh jalanraya. Kemudian selang berapa minit sebuah motosikal dengan keadaan laju tidak dapat mengelak lalu melanggar mangsa tadi. WP ingin nasihat kepada penunggang motosikal terutamanya penunggang LC135 tukarlah tayar asal motosikal tersebut kerana kualiti tayar asal (keluaran Yamaha) amatlah tidak berkualiti. Bunga tayar tersebut tidak mengcenkam jalan, ia boleh menyebab motosikal anda licin dan tidak terkawal ketika jalan basah, licin terutamanya ketika hujan. Mungkin anda tidak menukarnya sejak membeli motosikal, jadi tukarlah kerana ia amat merbahaya.

Lihat video dibawah:




0 komen:

Catat Ulasan