Penyakit lelah boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak. Dulu-dulu orang sebut penyakit semput tapi sekarang nie ia lebih dikenali sebagai penyakit asma (asthma). Tak kiralah apa istilah, gelaran atau ejaan yang digunakan yang pastinya penyakit ini berkaitan dengan saluran pernafasan dan membuatkan penghidapnya mengalami sesak nafas tatkala ia menyerang.
Statistik tentang penyakit asma atau lelah
Dianggarkan bahawa lebih kurang 80% kanak- kanak dan 50% orang dewasa menghidapi penyakit ini. 80% kanak-kanak yang menghidapi asma selalunya akan pulih atau penyakit lelah tu hilang terus bila umur mereka 5 tahun. Namun ada juga kanak-kanak terutama yang menghidap asma tahap sederhana yang hanya sembuh apabila usia mencecah lingkungan 12 -13 tahun. Sebilangan 50 – 60% akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 – 25 tahun. 20% lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya segelintir daripada jumlah ini yang akan sembuh sepenuhnya.
Penyakit lelah lazimnya tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru. Ada jugak yang kata asma atau lelah nie bukannya satu penyakit, tetapi lebih kepada alahan atau allergy kepada sesuatu. Justeru, selain makan ubat yang diberikan doktor, orang yang kena penyakit lelah perlu menjaga banyak pantang-larang supaya penyakit tu tak mudah menyerang.
Antara pantang-larang dan perkara-perkara yang perlu dijaga oleh seseorang pesakit asma termasuklah:
- Tak leh lepak terlalu lama di bawah cuaca yang panas.
- Cuaca terlalu sejuk pun tak leh gak. Tak leh main hujan dan main salji.
- Asap rokok atau apa-apa asap perlu dielakkan sama sekali. Kalau ada pesakit asma yang hisap rokok, tak taulah nak petua macam mana lagi.
- Tempat-tempat yang berdebu, berjerebu dan berhabuk juga memang sangat-sangat tak sesuai. Karpet yang kat rumah tu kalau dah berhabuk, faham-fahamlah kan nak buat apa..
- Kalau di rumah ada yang menghidap asma, eloknya jangan dibela peliharaan seperti kucing,anjing, arnab, ayam dan seangkatan dengannya. Bulu pada haiwan-haiwan tu banyak bendasing yang kita tak nampak. Tentunya banyak hama.
- Selain itu ada juga orang tua-tua pesan supaya elak makan durian dan sardin. Buah-buah yang sejuk seperti rambutan, timun dan betik pun katanya tak elok juga.
- Waktu malam elok jangan guna ‘air-cond’ atau kalau terpaksa pakai kipas angin jarakkan ia dan pastikan ia berpusing, jangan statik jer kipas tu. Waktu tidur eloknya pakai stokin supaya badan tak mudah kesejukan.
#10 Petua Merawat Asma
#1. Hati Unta
Cuba dapatkan hati unta yang telah dikeringkan. Hati unta tersebut dipotong nipis-nipis dan kemudian digoreng tanpa minyak hingga menjadi arang.
Selepas itu tumbuk halus hingga menjadi serbuk. Setiap malam sebelum tidur, rendam sedikit serbuk tu dalam segelas air yang mendidih. Biarkan ia sejuk atau suam dengan sendiri sebelum ditapi dan diminum airnya. Cuba amalkan setiap malam sehingga merasa kesannya.
______________
#2. Madu Asli
Satu cara untuk menyembuhkan penyakit lelah ialah dengan mengamalkan minum madu asli. Minum sebanyak satu atau dua sudu besar sekali setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil dosnya perlu kurang sikit iaitu setengah atau satu sudu teh pun dah mencukupi.
______________
#3. Daun Ati-Ati
Dulu-dulu kalau ada anggota keluarga yang menghidap lelah, orang tua kita akan cari daun ati-ati. Daun ati-ati warnanya ungu macam daun keladi tetapi saiznya lebih kecil. Rasanya juga lembut semacam baldu.
M.Onya ambil sehelai daun ati-ati setiap malam sebelum tidur. Basuhkan ia dan ketika masih lembab tu sapukan ke dada. Gosok sehingga ia kering kat dada. Sebaik-baiknya baca surah Al-Fatihah semasa menggosok, mohon pada Allah agar kembali pulih seperti sediakala. Insya Allah memang mujarab hasilnya.
______________
#4. Bawang Putih
Ambil lima ulas bawang putih dan hiris nipis-nipis. Lepas tu rebus hirisan bawang putih itu dengan segelas air. Biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh. Biarkan ia sejuk dengan sendiri. Bila dah sejuk, tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkan minum setiap pagi selama 10 hari. Cuba lihat hasilnya.
Jika lelah atau penyakit semput tu menyerang, cuba ikhtiarkan kaedah tradisional yang turut menggunakan bawang putih nie.
Ambil dua ulas bawang putih dan tumbuk hingga hancur. Setelah itu campurkan bawang tadi dengan tiga sudu minyak kelapa dara.
Sapukan campuran tu pada leher, dada dan belakang pesakit. InsyaAllah, dalam masa 10 mini, penyakit lelah yang menyerang akan beransur reda.
______________
#5. Bawang Merah
Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.
______________
#6. Bunga Kenanga
Ambil tiga kuntum bunga kenanga. Celurkannya selama 5 minit dalam semangkuk air panas. Setelah itu buang bahagian kuntum bunga kenanga itu terlebih dahulu dan minum airnya. Amalkan dua tiga kali dalam seminggu.
______________
#7. Daun Sirih
Rebus daun sirih bersama gula batu hingga pekat. Biarkan ia suam sedikit dan minum rebusan tersebut ketika ia masih suam. Bagi meredakan kesakitan ketika serangan asma, daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada.
______________
#8. Daun Pegaga
Ulam pegaga juga boleh dijadikan penawar asma. Keringkan daun pegaga. Setelah itu rebus dan minum airnya ketika suam.
______________
#9. Susu KambingPerah susu kambing, tapis dan kemudian minum mentah setiap pagi. Dikatakan amalan minum susu kambing mentah setiap pagi boleh menyembuhkan penyakit lelah.
______________
#10. Daun Kecubung
Ambil beberapa tangkai bunga kecubung. Jemurkan sehingga kering di bawah pancaran matahari. Lepas tu, gulungkan atau bentukkan bunga kecubung yang dah dikeringkan tu seperti gulungan rokok daun. Pasangkan api dan hisap seperti menghisap rokok tembakau. Ini satu lagi petua lama yang dikatakan mujarab untuk merawat asma jika rajin diamalkan.
Rasa lelah nya mlm ni :-(
BalasPadam