15 Ogo 2013

Khamis, Ogos 15, 2013

Sementara Apple masih belum mengesahkan secara rasmi tarikh pelancaran peranti iPhone 5S, beberapa laporan baru diterima yang mengesahkan sebuah iPad 5 lebih nipis dan iPad Mini 2 dengan resolusi skrin lebih tinggi akan hadir lewat tahun ini.

Berita mengenai pelancaran iPhone, iPad dan iPad Mini baru sering berlegar-legar di alam siber dan laporan seperti laporan Bloomberg  bukan lagi perkara asing. Walaubagaimanapun, pelancaran iPad 5 lebih nipis dan iPad Mini 2 dijangka akan berlangsung sekitar bulan Oktober. Apple biasanya akan membuat pelancaran produk iPad dan iPhone secara berasingan.

Laporan Bloomberg itu juga mengesahkan gambar-gambar yang dibocorkan di mana casing bagi peranti iPad 5 diperlihatkan dengan rekabentuk bingkai yang miri iPad Mini. Laporan berasingan juga membayangkan sebuah peranti iPad yang lebih nipis dan sebuah iPad Mini dengan skrin Retina.

Gambar Casing iPad Mini 2 dan iPad 5 Bocor

 Namun tanpa sebarang pengesahan dari pihak Apple, iPad Mini dengan skrin Retina mungkin juga merupakan sebuah pembaharuan produk dan bukannya iPad Mini 2, yang kini dikhabarkan pula akan dikeluarkan pada tahun 2014.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan samada Apple akan benar-benar mengadakan acara pelancaran pada bulan Oktober. Syarikat tersebut memang gemar membuat kejutan dengan tidak mengumumkan peranti-perantinya sebelum masanya.


0 komen:

Catat Ulasan