KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menggempur kem penunjuk perasaan yang menyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi secara besar-besaran yang setakat ini menyebabkan 280 nyawa terkorban.
Susulan operasi menamatkan tunjuk perasaan dan keganasan yang tercetus itu, kerajaan sementara mengisytiharkan darurat di seluruh Mesri dan perintah berkurung di Kaherah serta 13 wilayah lain.
Namun, keganasan dilaporkan terus merebak di luar ibu negara itu sehingga banyak lagi nyawa melayang.
Perintah darurat dikuatkuasakan jam 4 petang waktu tempatan manakala perintah berkurung selama 11 jam sehari bermula 7 petang.
Imej dari video dan gambar terus tersebar di media sosial mengenai operasi mengempur tunjuk perasaan itu dengan negara kuasa dunia mengutuk keras penggunaan pasukan keselamatan.
Beberapa jam selepas anggota keselamatan Mesir menembak gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan di khemah mereka di Rabaa al-Adawiya di timur Kaherah, mayat lebih 124 orang bergelimpangan di kawasan itu.
Di hospital, lantai digenangi dengan darah dengan pihak perubatan bertungkus-lumus menyelamatkan mereka kritikal dan masih bernyawa.
Kementerian Kesihatan berkata, 235 orang awam terbunuh dalam kejadian di Kaherah itu dan beberapa pertempuran lain di sekitar Mesir.
Kementerian Dalam Negeri Mesir berkata, 43 anggota keselamatan maut.
Antara yang terbunuh adalah anak perempuan kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohammed al-Beltagui, Asmaa al-Beltagui yang berusia 17 tahun.
Jurukamera veteran Sky News dari Britain, Briton Mick Deane, ditembak dan terbunuh ketika membuat liputan kejadian itu. - AFP
Gambar-gambar ketegangan yang berlaku semalam:
0 komen:
Catat Ulasan