30 Ogo 2013

Jumaat, Ogos 30, 2013

Nokia telah mengumumkan model terbaru telefon bimbit keluarannya, Nokia 515, yang bukan sahaja sebuah telefon bimbit bajet, malah menurut syarikat itu, ia juga disasarkan kepada mereka yang mementingkan gaya.

Pengeluar peranti mudah alih Finland, Nokia, mempercayai bahawa masih terdapat banyak lagi minat di kalangan pengguna dalam telefon bimbit  dan oleh kerana itu ia masih lagi mengeluarkan telefon bimbit seperti Nokia 515. Tidak semua pengguna mahukan telefon pintar yang terlalu canggih.
Menurut pengurus program Nokia, Simon Barker, separuh daripada jualan telefon global merupakan telefon bimbit dan Nokia merupakan salah satu pengeluar yang memanafaatkan pasaran yang masih besar itu.
Walaubagaimanapun berlainan dari stereotaip bahawa telefon bimbit adalah seolah-olah telefon pakai buang, Nokia 515 dipromosikan sebagai sebuah telefon bimbit untuk mereka yang pentingkan gaya dan tidak keterlaluan untuk mengatakan telefon ini merupakan sebuah telefon yang pengguna boleh miliki dengan bangga.
Telefon bimbit ini dilengkapi dengan skrin 2.4-inci QVGA LCD dan ringan dengan berat hanya 102.7g dan berukuran hanya 114 x 48 x 11mm. Memandangkan ia hanya sebuah telefon bimbit, tidak banyak boleh diharapkan daripadanya dari segi ciri-ciri tambahan. Tetapi ia dilengkapi kamera 5MP yang dipasangkan dengan ciri mengambil gambar potrait sendiri berpandukan suara yang diperkenalkan dalam telefon Nokia 301 sebelumnya.
Terdapat varian dengan SIM kad berkembar dan kedua-duanya berkeupayaan rangkaian 3.5G. Ia hanya dilengkapi ruang storan 256MB tetapi terdapat slot kad Micro SD untuk simpanan tambahan. Jangka hayat bateri juga tidak kurang hebatnya dengan jangkahayat selama 10.5 jam tetapi jatuh kepada separuh daripada masa itu jika menggunakan mod 3G.
Belum ada berita mengenai penjualan ia di Malaysia, namun ia akan dipasarkan di Rusia, Germany, Switzerland dan Poland minggu hadapan pada harga 115 Euro. Sementara menuggu, tontonilah video promosinya di bawah.



0 komen:

Catat Ulasan