30 Ogo 2013

Jumaat, Ogos 30, 2013

Video ini menunjukkan penerbit video menunjukkan sebuah peranti yang dipercayai Blackberry Z30 dan membelek bahagian hadapan dan belakangnya. Kemudian beliau terus menunjukkan bagaimana antaramukanya berfungsi.
Terdapat pelekat di bahagaian belakangnya yang tertulis “Property of Research in Motionn Limited”. RIM telah menukar namanya kepada Blackberry Januari lepas, namun nampaknya beberapa assetnya, seperti dalam laman web ini, masih menggunakan nama Research in Motion.

Blackberry sedang dalam pelbagai masalah kebelakangan ini. Baru-baru ini ia mengumumkan idea untuk menjual sahamnya kepada pelabur yang boleh menjamin masa depannya. Terdapat juga cakap-cakap bahawa ia akan menjadikan BBM salah satu anak syarikatnya.
Blackberry Z30 dikatakan akan dilengkapi skrin AMOLED 5 inci , pemproses Snapdragon S4 dan 2GB RAM.Ia mungkin dilengkapi ruang storan 16GB, kamera 8MP dan melarikan Blackberry OS 10.2. Seperti dilihat dalam video ini, ia akan mempunyai lima baris icon berbanding 4 baris pada BB Z10.
Tarikh pelancrannya belum diketahui lagi memandangkan Blackberry mempunyai pelbagai masalah yang perlu diselesaikan, jadi dijangkakan ia tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.


0 komen:

Catat Ulasan