Gambar phablet besar ini telah dibocorkan oleh sebuah syarikat pembekal kommponen elektronikETradeSupply. Gambar yang dibocorkan itu menunjukkan sebuah telefon pintar phablet Galaxy Note 3 dengan skrin yang berukuran kira-kira 5.68 inci yang diukur secara diagnal. Ukuran skrin ini lebih besar berbanding Galaxy Note 2 yang dilancarkan setahun lalu.
Berdasarkan ukuran tidak rasmi ETradeSupply, ukuran sebenar skrinnya mungkin hanya sedikit berbeza dari ukuran ini. Mungkin hanya 1/10 inci ralat dijangkakan.
Walaupun gambarnya telahpun dibocorkan, Samsung masih mempunyai beberapa kejutan untuk pelancaran Galaxy Note ini. Terdapat khabar angin yang mengatakan telefon pintar ini akan dilengkapi kebolehan merakam video 4K dan 3GB RAM untuk membantu dalam memproses video 4K yang sememangnya berat.
Persoalannya adalah samada Samsung akan kekal dengan penggunaan casing plastik seperti Galaxy S4 yang mendapat kritikan ramai kebelakangan ini dan samada ia akan didatangkan dengan pemproses Exynox 5 dalam model yang dipasarkan secara global.
Apa pun tarikh 4 September adalah tarikh yang ditunggu-tunggu di mana maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy Note 3 akan diperolehi dalam majlis pelancarannya.
0 komen:
Catat Ulasan