Isu filem KL Gangster 2 leaked, Syamsul Yusuf ambil tindakan polis - Selepas menjadi filem tempatan yang paling ditunggu-tunggu penonton sejak dua tahun lalu, Skop Production kini berdepan masalah baru apabila filem terbabit yang dijangka menemui penonton 3 Oktober ini telah dibocorkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Kini fullmovie DVDscr filem KL Gangster sedang berlegar-legar di laman maya dan semakin ramai yang ghairah memuat-turunnya tanpa kebenaran dari pemilik media. Pengarahnya, Syamsuf Yusuf turun terkejut dengan berita kebocoran itu semalam dan memberi amaran keras akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang bertanggungjawab.
Apapun dengan tersebarnya filem ini sebelum tarikh tayangan, kami percaya ianya tidak akan memberi kesan yang besar kepada jumlah kutipan filem ini apabila ditayangkan nanti memandangkan peminat filem aksi tempatan dan peminat karya Syamsul Yusof pastinya tidak akan ketinggalan untuk memenuhi ruang-lingkup pawagam untuk memberi sokongan padu pada filem ini nanti.
Walaupun link muat-turun ‘leaked’ terbabit telahpun dipadam, kami berharap agar pihak Skop Production & Grand Brilliance dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang bertanggungjawab yang kami pasti kerja pihak dalaman juga. Apapun, anda boleh menonton trailer filem KL Gangster 2 di sini.
0 komen:
Catat Ulasan