21 Ogo 2013

Rabu, Ogos 21, 2013
Barisan kereta kebal berwarna-warni (kiri ke kanan) dari Belarus, Rusia, Kazakhstan dan Armenia semasa bersaing dalam ‘tank biathlon’.
MOSCOW – Rusia memperkenalkan sukan separa tentera baharu, ‘tank biathlon’, satu pertandingan perlumbaan kereta kebal dan ketepatan bedilan meriam.
Pertandingan peringkat antarabangsa itu dianjurkan buat pertama kali di Moscow pada Isnin minggu lalu hingga kelmarin.
Pasukan dari Belarus, Kazakhstan dan Armenia turut bersaing dalam pertandingan tersebut.
Konsep pertandingan yang diperkenalkan baru-baru ini oleh Kementerian Pertahanan Rusia itu lahir daripada satu latihan kereta kebal.
Pasukan-pasukan terlibat berlumba di trek sepanjang kira-kira 20 kilometer dan mereka dikehendaki membedil lima sasaran yang ditetapkan.
Beberapa negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara termasuk Amerika Syarikat juga dijangka menyertai pertandingan sama pada tahun depan. – Agensi

Lihat video dibawah 


0 komen:

Catat Ulasan