Inginkan pengecas telefon pintar yang boleh mengecas tanpa memerlukan soket kuasa? AIRE merupakan pengecas konsep yang mengecas telefon pintar iPhone dengan menggunakan sistem pernafasan manusia.
Dengan penggunaan tenaga yang meningkat di samping masalah alam sekitar yang semakin runcing, menjana tenaga yang boleh diperbaharui sememangnya digalakkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti arang batu dan minyak.
Walaupun tenaga elektrik merupakan satu tenaga yang mesra alam, namun penjanaannya selalunya tidak mesra alam kerana dijana menggunakan arang batu. Ini bermakna perkara mudah seperti mengecaas telefon pintar juga dikategorikan tidak mesra alam.
Untuk itu topeng muka AIRE direka oleh Joao Paulo Lammoglia. Topeng ini menjana tenaga elektrik hasil dari pernafasan. Pengguna cuma perlu memakai topeng ini, menyambungnya kepada peranti iOS dan bernafas seperti biasa. turbin udara dalam topeng ini akan menjana elektrik untuk mengecas telefon pintar anda.
AIRE memenangi anugerah RedDot Design : Best of the Best 2011. Topeng ini hanyalah konsep dan tidak dikeluarkan secara komersial buat masa ini. Alangkah baiknya jika ia benar-benar dikeluarkan secara komersial kerana pengguna boleh mendapat akses kepada tenaga elektrik secara berterusan 24 jam sehari melalui pernafasan.
0 komen:
Catat Ulasan