30 Ogo 2013

Jumaat, Ogos 30, 2013

Khabarnya Nokia Lumia 1520 akan dilancarkan dalam satu acara perasmian pada penghujung bulan September, namun nampaknya ia telah dilihat lebih awal. Satu gambar yang menunjukkan apa yang dipercayai telefon pintar tersebut diletakkan bersebelahan Nokia Lumia 1020 telah bocor di web.


Sebuah gambar yang menunjukkan Nokia Lumia 1520 telah muncul di web dan menunjukkan telefon pintar Windows Phone 8 tersebut mempunyai 3 lajur ikon pada skrinnya. Namun, boleh jadi juga ia sebuah mock up atau prototaip. Jika benar ia sebuah mock up, ia sebuah mock up yang menghampiri produk sebenar. Gambar ini dibocorkan laman web Windows Phone Central.
Menurut laporan, telefon pintar itu akan dilengkapi skrin 6 inci 1080p dan kamera 20MP. Jika dilihat pada gambar tersebut, saiz peranti dalam gambar tersebut nampaknya menepati apa yang dikhabarkan dari segi saiz skrin.
Spesifikasi lain termasuk CPU quad core Snapdragon dan dilengkapi kemaskini Windows Phone 8 GDR3 yang menyokong video 1080p. Namanya, yang dahulunya dikenali sebagai Nokia Bandit telah diperbetulkan hasi daripada maklumat daripada @evleaks yang membocorkan nama sebenarnya iaitu Nokia Lumia 1520 dalam satu tweet yang dikeluarkannya.
Dalam perkembangan berkaitan, tablet Nokia yang diberi nama kod “Sirius” akan membuat kemunculan dalam acara pelancaran di pengujung September bersama-sama telefon pintar 6 inci ini.


0 komen:

Catat Ulasan