29 Ogo 2013

Khamis, Ogos 29, 2013

Nampaknya Apple mungkin akan turut menawarkan tukaran telefon lama untuk diskau telefon baru dengan laporan mengenai pengenalan program tukaran iPhone lama untuk diskaun iPhone 5S yang akan diperkenalkan menjelang pelancarannya bulan hadapan.

Apple dalam peringkat akhir dalam persediaannya untuk melancarkan program pertukaran telefon lamanya, menurut maklumat yang dilaporkan oleh sumber-sumber yang bercakap dengan mereka di laman web 9to5Mac.
Program berkenaan akan membolehkan pengguna menukarkan iPhone lama mereka, sebagai contoh, iPhone 4 atau iPhone 4S, untuk mendapat sebuah telefon pintar iPhone 5S pada harga diskaun.
Walaupun konsep ini bukanlah suatu yang beru, ia merupakan kali pertama Apple Store menawarkan program seumpama ini. Nampaknya Apple sememangnya mahu menggalakkan pengguna membeli peranti mereka terus daripada Apple dan bukan dari pengedar atau wakil jualan pihak ketiga.
Menurut statistik, 80% daripada jualan iPhone diperolehi daripada wakil jualan pihak ketiga dan bukan daripada Apple Store, bermakna banyak wang yang boleh dijana melalui program ini yang dijangka akan meningkatkan jualan dalaman Apple Store.
Apple dijangka akan melancarkan iPhone 5S bulan hadapan di mana ia dikatakan akan mengadakan  acara pelancaran produk pada 10 September. Program pertukaran iPhone lama untuk diskaun iPhone 5S ini juga dijangka akan diperkenalkan dalam acara ini.


0 komen:

Catat Ulasan