26 Ogo 2013

Isnin, Ogos 26, 2013
 

Omate TrueSmart merupakan sebuah jam tangan yang benar-benar pintar di mana ia boleh membuat panggilan, SMS, mengakses web dan berfungsi sebagai alat navigasi GPS tanpa perlu disambungkan kepada sebuah telefon pintar sepertimana jam tangan pintar yang lain.

Omate TrueSmart, yang lebih menyerupai sebuah jam tangan telefon berbanding sebuah jam tangan pintar, telah mencapai sasaran pembiayaannya dalam masa satu hari setelah ia dipromosikan di laman web croud funding Kickstarter.com.  Sasarannya ialah USD 100,000 dan kini dengan 28 hari tinggal untuk menerima pembiayaan, ia telahpun mengumpul pembiayaan sebanyak USD 219,860 pada masa penulisan pos ini.

Memang tidak mengejutkan mengapa ia popular. Di samping mempunyai kebolehan rangkaian 3G ia juga mempunyai kamera 5MP, 4GB ruang storan dan pemproses dual core 1.3GHz. Ia juga kalis air tahap IP67 (boleh dibawa berenang), dilengkapi skrin 1.5 inci dan menjalankan Android 4.2.2 Jellybean serta boleh dikawal menggunakan gesture multitouch dan suara.

Tonton video dibawah:


Jam tangan pintar ini boleh didapati melalui Kickstarter.com itu boleh didapati dengan nilai sokongan sebanyak USD 179, namun pada masa penulisan pos ini quota untuk pakej pada harga tersebut telah habis, maka harga pakej pembiayaan terbarunya ialah USD 189 ke atas.

Jam tangan pintar ini merupakan projek jam tangan pintar berprofil tinggi kedua yang dipromosikan di Kickstarter.com di mana projek pertama, iaitu jam tangan pintar Pebble yang kini telah mula dijual  telah mendapat pembiayaan sebanyak USD10 juta daripada penyokongnya.

Ia juga dikeluarkan tepat pada masanya di mana teknologi yang boleh dipakan sememangnya sedang meningkat naik dengan Samsung bakal melancarkan jam tangan pintarnya Samsung Galaxy Gear pada acara pelancarannya pada 4 September ini. Bukan itu sahaja, Apple juga dikatakan akan mengeluarkan jam tangan pintarnya, namun kemungkinan besar ia tidak akan dikeluarkan dalam tahun ini.

 

0 komen:

Catat Ulasan