29 Ogo 2013

Khamis, Ogos 29, 2013
Pasti anda semua masih ingat isu Logo Merdeka 55 yang hadir dengan rekaan logo yang bullshit. Sehingga isu itu membuatkan seluruh designer di malaysia naik marah dengan kualiti Logo yang sangat hancur dan mereka sendiri mengadakan contest untuk mencipta logo yang bergitu menarik dan kreatif. Merdeka kali ini hadir dengan logo yang agak jernih mata memandang dan tiada lagi selitan ’1Malaysia’. Rasional logo: Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.

‘MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU’ dipilih sebagai tema untuk Merdeka 56 dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan ke 56. Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.
Sambutan hari Kemerdekaan tahun ini mengfokuskan pada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.
Tapi lagu Kemerdekaan kali ini agak menghampakan. Yes. Serius menghampakan.


Apapun. Sambutan kemerdekaan bukan terletak pada logo dan lagu yang hambar. Ia adalah nilai yang ada pada diri kita sendiri. Sejauh mana merdekanya jiwa kita. Sejauh mana merdekanya fikiran kita. Sambutlah merdeka dengan keadaan yang aman.


0 komen:

Catat Ulasan