19 Ogo 2013

Isnin, Ogos 19, 2013

Menurut sumber-sumber to The Verge, tablet Windows RT Nokia akan dilancarkan pada satu acara pelancaran di New York pada 27 September nanti. Sumber-sumber itu juga mendedahkan bahawa tablet yang dikenali sebagai Vanquish itu akan dilengkapi pemproses quad core Snapdragon 800. Ia juga dikatakan akan dilengkapi kebolehan 4G LTE.

Walaubagaimanapun, setakat ini butiran-butiran menunjukkan ia akan dilancarkan untuk pasaran Amerika sahaja dengan AT&T menjadi syarikat telekomunikasu yang menyediakan perkhidmatan datanya. Namun semua ini belum pasti lagi selagi ia tidak dilancarkan secara rasmi.

Sebuah laman web China, Digiwo telah menerbitkan gambar-gambar tablet tersebut yang mempunyai keyboard seakan Touch Cover pada tablet Surface. Ia juga dikatakan bersaiz 10.1 inci.
Windows RT sedang mengalami masalah yang besar lewat ini dengan Samsung dan Asus telah menjauhkan diri daripada OS berasaskan pemproses ARM itu disebabkan kurangnya minat pengguna terhadapnya dan masa depannya yang dilihat malap .

Jadi adakah tablet buatan Nokia ini akan mendatangkan hasil yang lebih baik? Dan apakah ciri-ciri istimewa yang akan membezakannya dengan tablet Samsung dan Asus yang gagal itu?

 



0 komen:

Catat Ulasan