30 Ogo 2013

Jumaat, Ogos 30, 2013

Menurut laporan, telefon-telefon pintar Samsung Galaxy yang akan datang akan diperbuat daripada logam dan bukan lagi polikarbonat. Samsung Galaxy S5 akan diperbuat dari logam, menurut laporan yang dikeluarkan laman web Korea, ETNews.

Sejak bulan Jun lagi, terdapat khabar angin yang mengatakan telefon pintar akan datang keluaran Samsung, iaitu Samsung Galaxy S5 akan diperbuat daripada logam sepenuhnya. Pesaing terdekat kepada telefon pintar Samsung Galaxy S4 yang dilancarkan awal tahun ini adalah HTC One mempunyai badan yang diperbuat sepenuhnya dari aluminium. Adakah Samsung akhirnya menyedari ia ketinggalan dari segi qualiti pembuatan telefon pintarnya?
Memang tidak mengejutkan jika Samsung membuat keputusan untuk menjejaki langkan HTC dengan memperkenalkan Samsung Galaxy S5 yang mempunyai badan yang diperbuat daripada logam, walaupun telefon pintarnya yang sedia ada diperbuat daripada polikarbonat telah terbukti berjaya.
Topik ini sememangnya telah menjadi buah mulut orang ramai dan menurut sumber-sumber dalam industri, Samsung semakin risau tentang persaingan daripada HTC dan telah mencadangkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 3 diperbuat daripada logam.
Kita tidak boleh menolak kemungkinan sebuah Galaxy Note 3 yang diperbuat daripada logam memandangkan ia masih belum dilancarkan secara rasmi. Tetapi buat masa ini, khabarnya Galaxy S5 dikatakan akan dilengkapi teknologi kamera yang sama dengan Galaxy Note 3.
Lebih banyak maklumat akan diperolehi pada acara IFA 2013 tidak lama lagi, di mana Samsung akan mengadakan satu acara pelancaran khas bagi memperkenalkan beberapa produknya.


0 komen:

Catat Ulasan