Nintendo akan melancarkan alat permainan video mudah alih terbarunya tidak lama lagi dan ia akan dinamakan Nintendo 2DS. Memang namanya agak pelik memandangkan syarikat itu mempunyai alat permainan video mudah alih sedia ada yang dinamakan Nintendo 3DS.
Alat permainan video mudah alih itu akan berada di pasaran Amerika utara mulai 12 Oktober dalam warna biru dan merah pada harga USD 129.99 tetapi tarikh pelancaran di Eropah dan negara-negara lain akan diumumkan kemudian.
Nintento 2DS dilancarkan dengan mengejut dan menyebabkan para gamers tertanya apa sebenarnya difikirkan Nintendo dengan pelancaran ini? Sungguhpun demikian, harganya lebih murah daripada Nintendo 3DS dan Nintendo 3DS XL serta PS Vita yang mendapat potongan harga baru-baru ini.
Alat permainan video mudah alih ini serasi dengan permainan video Nintendo 3DS dan DS namun tidak berkeupayaan 3D. Alat ini tidak boleh dilipat dan mempunyai rekabentuk 4 segi yang menyebabkan bahagian skrinnya terdedah kepada calar. In bermakna, pengguna direkomen mendapatkan aksesori beg untuk menyimpannya.
Bersama-sama kad SD 4GB, ia dilengkapi dua kamera di bahagian belakangnya yang boleh mengambil gambar dan video 3D namun tidak mampu memaparkannya melainkan disambungkan kepada peranti paparan 3D ataupun failnya dipindahkan kepada Nintendo 3DS.
Hanya terdapat satu speaker yang memainkan bunyi jenis mono berbandingkan dua speaker stereo pada 3DS, namun terdapat jek headphone yang mengeluarkan bunyi stereo.
Lihat video dibawah
0 komen:
Catat Ulasan