27 Ogo 2013

Selasa, Ogos 27, 2013
Samsung mungkin sedang memperbanyakkan opsyen warna bagi tablet 7 inci terbarunya, Samsung Galaxy Tab 3 7.0 dengan bocornya gambar yang dipercayai gambar media peranti tersebut dalam warna biru.

Gambar yang dibocorkan ini datangnya dari pembocor maklumat peranti akan datang terkenal @evileaks. Pada masa ini peranti yang dipromosikan sebagai pesaing bagi Google Nexus 7 dan Amazon Kindle Fire itu hanya dapat diperolehi dalam warna putih dan perang.

Versi ketiga produk berkenaan dilengkapi dengan pemproses dual core 1.2GHz, skrin 1,024 x 600, kamera 3MP dan ruang storan sehingga 16GB yang boleh dipertingkatkan kepada 64GB dengan kad Mirco SD.

Samsung Galaxy Tab 3 7.0 dan model Galaxy Tab secara umum, merupakan model peranti yang semakin dilupakan memadangkan populariti model Samsung Galaxy Note yang didatangkan dalam saiz 5.5 inci, 8 inci dan 10.1 inci.

Namun, penawaran peranti ini dalam warna biru dijangka tidak akan mendatangkan kesan yang signifikan kepada jumlah jualannya. Tetapi jika ia boleh menandingi potongan harga yang diberikan kepada Nexus 7 baru-baru ini, mungkin ia ada peluang mempertingkatkan jualannya.

Pada akhirnya, persoalannya ialah adakah peranti ini akan membuat kemunculan dalam acara IFA 2013 di Berlin lebih kurang seminggu lagi? Atau adakah ia akan dilancarkan secara senyap-senyap dibelakang tadbir?


0 komen:

Catat Ulasan