19 Ogo 2013

Isnin, Ogos 19, 2013

Biasanya kita melihat touchscreen yang terdiri daripada panel skrin yang boleh disentuh untuk menerima input. Namun perisian touchscreen Microsoft terbaru boleh menjadikan mana-mana permukaan sebagai skrin input.

Perisian ini pada mulanya hanyalah sebuah prototaip yang dibangunkan syarikat “startup” bernama Ubi Interactive menggunakan sensor Microsoft Kinect untuk Windows, kini ia sudah melepasi peringkat Beta dan boleh dijual kepada konsumer.

Berlainan dari touchskrin konvensional, perisian ini yang disambungkan kepada projektor, memancarkan imej antaramuka pada dinding atau mana-mana permukaan rata. Dengan digandingkan dengan peranti Microsoft Kinect, perisian akan mengesan pergerakan tangan pengguna, membolehkan pengguna berinteraksi dengan imej pada dinding melalui sentuhan, sama seperti menggunakan touchscreen biasa.
Peranti Kinect berfungsi secara terus dengan antaramuka touchscreen Windows, bermakna ikon-ikon boleh diklik dan gambar boleh dibesarkan atau dikecilkan menggunakan gesture multi-touch.

Oleh kerana fungsi pemetaan 3D kinect, perisian ini boleh membezakan samada pengguna membuat klik ataupun samada tangan pengguna hanya berlegar-legar di atas imej pada skrin

Microsoft mengumumkan bahawa Ubi telah membangunkan perisiannya dengan kerjasama lebih 50 buah organisasi dan kini syarikat itu membuka perisian tersebut untuk tempahan.

Bagi membolehkan penggunaan perisian ini, komputer penggua perlu dilengkapi dengan projektor dan sensor Microsoft Kinect. Perisian Ubi ini boleh didapati dalam 4 jenis daripada pakecj asas yang berharga USD149 hingga pakej enterprise beharga USD1499. Sensor Microsoft Kinect pula boleh didapati dengan harga USD 250.

Tontonilah video di bawah untuk melihat bagaimana perisian ini digunakan.



0 komen:

Catat Ulasan