Sekolah City Montessori, IndiaLucknow – India terkenal sebagai salah satu negara paling ramai penduduk di dunia. Dengan banyaknya penduduk, tentu saja kemudahan-kemudahan awam menjadi penuh sesak, seperti sekolah. Belum lama ini, satu sekolah bernama City Montessori School (CMS) telah mencatatkan namanya sebagai sekolah terbesar di dunia versi Guinness Book of Records tahun 2013.
“CMS mencatatkan diri sebagai sekolah yang terbesar di dunia dengan 47,000 pelajar, 1,000 ruang kelas, dan 3.800 kakitangan,” tulis Daily Mail, Jumaat, 23 Ogos 2013. Sebanyak 3.800 ini meliputi guru, kakitangan sokongan, petugas kebersihan, tukang becak, tukang elektrik, tukang kayu, dan tukang kebun.
Hal ini memberikan kebanggaan tersendiri bagi Dr. Jagdish Gandhi, 75 tahun, sang pengasas sekolah. Ia tidak menyangka sekolah yang didirikannya bersama sang istri, Bharti, di tahun 1959 silam akan menjadi sebesar ini. Padahal, waktu pertama kali dibuka, sekolah ini hanya mempunyai lima pelajar.
“Saya mendirikan sekolah ini dengan susah payah. Dulu, saya dan isteri saya memujuk orang agar mereka mau menyekolahkan anaknya di sini. Namun, nyatanya hanya lima anak yang mau, “kenang Gandhi.
Gandhi menuturkan, tujuan awal mendirikan sekolah ini semata-mata hanya kerana pendidikan, bukan ingin mencari keuntungan. Dengan modal begitu kecil, Gandhi mantap ingin membuka sekolah. Kini, sekolah kecil Gandhi telah menjelma begitu besar dan dikenali di seluruh dunia.
Pertumbuhan pesat sekolah ini rasmi diiktiraf oleh Guinness Book of Records tahun 2013 sebagai sekolah terbesar di dunia. Sebelumnya, rekod ini dipegang oleh Rizal High School di Manila, Filipina, yang hanya mempunyai 19.738 pelajar. Kini, CMS dipegang oleh putri Gandhi, Geeta Kingdon. Ia pulalah yang menjadi kepala sekolah ini.
0 komen:
Catat Ulasan