27 Ogo 2013

Selasa, Ogos 27, 2013
Tahap Perghh!: ★★★


Aktiviti roller blade memang menjadi satu aktiviti yang digemari ramai, namun untuk bermainnya, pengguna harus menggunakannya pada permukaan yang rata dan tidak belubang lubang. Charriot Wheel Skates merupakan sejenis peralatan skate revolusi yang  boleh digunakan pada pelbagai permuakaan.

Chariot Wheel Skates mengadaptasi elemen daripada basikal dan juga roller blade. Roda daripada gentian karbon ini membolehkan penggunanya meluncur melalui cerun berumput, bergerak di jalanan seperti sebuah basikal dan meluncur melalui permukaan mencabar yang sukar dilalui sepasang roller blade biasa mahupun basikal.

Penggunaannya seperti roller blade biasa dan ia sangat stabil dan mudah untuk dikendalikan serta mengumpu momentum tanpa usaha yang banyak. Peralatan ini telahpun dipaten dan sedang menjalai proses percubaan sebelum mula dihasilkan untuk jualan umum.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Chariot Skates.


Lihat video dibawah:


0 komen:

Catat Ulasan