Terdapat banyak cakap-cakap yang mengatakan Nokia akan mengeluarkan telefon pintar phablet 6 inci. Pada mulanya phablet ini dikenali sebagai Nokia Bandit namun laporan terbaru mengatakan ia sebenarnya adalah Nokia Lumia 1520.
Menurut The Verge, syarikat pengeluar telefon pintar Finland itu akan mengeluarkan sebuah phablet 6 inci yang diberi nama kod “Bandit” lewat tahun 2013 dalam satu tahun yang penuh dengan pelancaran produk baru.
Laporan itu juga mendakwa phablet itu akan dilengkapi dengan skrin 1080p yang membolehkan peranti itu memaparkan satu baris tambahan pada skrin home. Tambahan pula, ia dikatakan akan dilengkapi kamera 20MP seperti Lumia 925 dan pemproses quad core Qualcomm.
Terbaru, pembocor maklumat peranti terbaru, @evleaks, dalam satu tweet mengatakan “Nokia Bandit = Nokia 1520″. Walaupun tiada maklumat lanjut diberikan olehnya, nama Nokia 1520 sememangnya menepati skema nama Nokia.
Phablet ini dikatakan merupakan peranti pertama dalam gelombang peranti Windows Phone 1080p baru keluaran Nokia di mana Microsoft sedang mengemaskini OSnya itu bagi memudahkan transisi kepada resolusi skrin terbaru itu.
The Verge menambah bahawa Nokia Lumia 1520 akan dilengkapi badan yang diperbuat dari polikarbonat serta mengekalkan rekabentu nipis dan ringan.
Sebelum ini Nokia seolah-olah telah mengesahkan kehadiran telefon pintar phablet ini apabila Chris Weber, Timbalan Presiden jualan dan pemasaran Nokia mengusik Samsung dengan satu tweet yang berbunyi “Samsung take note, next generation Lumia coming soon,” (Ambil perhatian Samsung, Lumia generasi baru akan datang tidak lama lagi).
Tweet itu sudah cukup untuk mengesahkan sekurang-kurangnya satu peranti baru akan dikeluarkan tak lama lagi.
0 komen:
Catat Ulasan